Saturday, February 6, 2010

Mandi Kolam di Putrajaya

Hujung minggu kalu abah x kerja & x ke mana, petang-petang biasanya kami 1 keluarga & bertemankan keluarga Danish (Wan & Zira) gi mandi kolam kat presint 16 Putrajaya belakang Alamanda.

Lepas mandi & sembahyang Maghrib gi makan kat Food Court Presint 9, makan roti john.
Lepak sampai pukul 10 malam baru balik........tidur...



Lama rasanya dah x gi mandi, insyaallah pagi esok nak gi try kolam baru kat presint 11, hari tu pergi tengok nampak macam best...........Ashmaan, Adam & Fasya...jommmm.......




Sunday, June 7, 2009

Trip to AT Jelawang & G.Stong

Pada hujung bulan Mei 2009 ( 29-31bh), abah & geng kak nik telah menjayakan satu trip mendaki air terjun jelawang & puncak g.stong, dabong, kelantan.

29 mei
- 12.00 t/malam : Berkumpul di Terminal putra LRT Gombak & bertolak ke resort AT Jelawang.

30 mei
- 07.00 pagi : selamat tiba di resort AT Jelawang.

- 10.30 pagi : mula mendaki ke camp Baha.
....................................................................................................................................................
- 12.30 t/hari : tiba di camp Baha, pasang khemah, masak, mandi AT & lepak atas batu, tunggu malam.

- 09.30 mlm : Lepas makan, tidur. ZZZZZZZZZZ
31 mei
- 06.30 pagi : bangun sembahyang subuh & tunggu tengok matahari terbit.

- 08.30 pagi : lepas makan & kemas barang2, mula mendaki ke puncak g.stong.

- 01.00 t/hari : semua selamat sampai ke puncak g.stong


Di puncak g.stong, kami nampak puncak g.ayam & g.tera.

Hanya 1 jam aje lagi perjalanan ke puncak g.ayam, katanya Opi (Guide kami).

- 02.00 petang : mula bertolak turun ke camp Baha

- 05.30 petang : sampai ke camp Baha

- 06.00 petang : mula bertolak turun ke resort jelawang

- 07.30 petang : selamat sampai ke resort jelawang

- 08.30 malam : singgah makan tomyam kat jalan menghala ke jeli

- 10.00 malam : bertolak ke KL

1 jun
- 03.30 pagi : sampai KL, minum kat hentian gombak, highway karak

- 05.00 pagi : sampai kat kajang,.........Tumpang Nazri........... the end

Satu pengalaman yg sukar dilupakan & cukup menarik setelah sekian lama hajat utk mendaki g.stong tercapai. Terima kasih kepada Opi, seorang guide yg cukup mesra.

Insyaallah aku akan terus mendaki lagi dimasa2 hadapan untuk lihat keindahan alam & kebesaran Maha PenciptaNYA. Semoga aku akan sentiasa diberi kelapangan & kesenangan hendaknya, amin.

Monday, May 25, 2009

Renew road tax & insuran kereta Online

ANDA MAHU DISKAUN!
SEKARANG MASANYA!

Tak perlu ke bank..Tak perlu ke pejabat pos..
Tak perlu susah2 cari parking,kalau salah parking,kena saman!Tak perlu buang masa kerja anda,
Tak perlu ambil cuti sebab roadtax kereta anda....
Tak perlu lalui trafik jam,
Tak perlu.....tak perlu tak perlu.....
Anda cuma relaks je..Jimat Wang,Tenaga dan Masa Anda!

Kami menyediakan service renew insurance/takaful
kenderaaan secara online.

BELI/RE-NEW TAKAFUL KERETA ANDA SECARA ONLINE DI
motor-takaful.blogspot.com

Dapatkan diskaun 3% keatas premium motor takaful anda.

Kami juga menyediakan "door-to-door" service
Hanya sms, "renew insurance kenderaan" ke 013-3630710

Insyaallah wakil kami akan menghubungi anda semula untuk tindakan selanjutnya.

Wakil Takaful Am eTiQa Takaful Berhad (Anak Syarikat Maybank)

Wednesday, November 19, 2008

Kereta Idaman Abah

Insyaallah kalau ada rezeki kita beli,
tak dapat beli yang betul kita beli yang mainan.
 
 

Monday, October 6, 2008

Raya 1429/2008 (Changkat Jering)

Pada raya ke-3, kami adik beradik belah wife(farah) telah mengadakan sedikit majlis sambutan hari raya dan birthday party bagi Fatini & Fasya di rumah changkat jering, Taiping.

Kehadiran dikalangan keluarga & saudara terdekat.

Antara menu yang disediakan :

1. Kambing bakar.
2. Mee & Bihum goreng.
3. Buah duku & tembikai.
4. Kek Birthday
5. dan banyak lagi (tengok gambar)

Gambar-Gambar :


Insyaallah tahun depan kita buat lagi..........tapi pakat-pakat hulur la.....

Aidil Fitri 1429/2008

Pelan awal nak balik petang isnin 29 Sep 2008, tidur rumah pak anjang di Ipoh, 30hb travel balik kelantan.

Tapi ubah pelan, pagi ahad 28hb kemas baju raya, petang pkl 3.00 ptg bertolak ke taiping.

Malang tak berbau, kereta Myvi kami pecah cermin belakang terkena batu semasa nak u-turn kat taman tenaga jalan reko. Tukar cermin kat kedai cina jalan reko, kena RM330.00.

Bertolak dari Jalan reko dalam pukul 5.30 ptg, singgah kat pasar ramadhan putrajaya & berbuka puasa kat hentian rawang.

Kami sekeluarga selamat tiba di Taiping pukul 10.30 mlm, kawan wife (farah) baru settle masalah letrik & paip bocor kat rumah. Highway PLUS KL-Ipoh tak jam..............alhamdulillah.

Esok pagi, Isnin 29hb, kami travel ke kelantan, singgah Gerik kejap beli KFC utk Adam & Fasya & makanan Ashmaan. Gerik dah ada The Store...canggih...gerik dah maju...macam-macam ada.

alhamdulillah.....Kami selamat tiba di Kg. Lundang Paku lebih kurang pkl 5.00 ptg & sempat gi ambil buah duku kat kebun depan rumah...

Gambar Raya.....



Kawan-kawan datang beraya.....keluarga ayie & zaidi

Ibuanda..........................Rasidi & Nori..................

Azran, Nur & Ina


Kat Dapur Hasmi, Nori & Ma ..........Adam, Ashmaan & Fasya