Thursday, December 27, 2007

Raya Haji 2007 & Balik Kelantan

Raya Haji 2007 tahun ini aku, isteri & anak-anak menyambutnya di Melaka, rumah Kak U kerana emak mertua aku kurang sihat dan dimasukkan di Hospital Kem Terendak.

Pada 20 hb Dis 2007, selepas selesai sembahyang raya kami sekeluarga bersiap utk bertolak balik ke kelantan bagi menghadiri majlis perkahwinan adik aku, Nori.

Disebabkan musim banjir yang melanda pantai timur, perjalanan balik ke kelantan menggunakan laluan belah utara, KL-Ipoh-Kuala Kangsar-Gerik-Jeli-Machang-Kota Bharu(Lundang Paku).

Bertolak dari Melaka pukul 11 T/Hari dan singgah di Kajang utk ambil pakaian tambahan dan barang2 utk majlis kenduri kahwin Nori. Dari Kajang pkl 1 pm dan tiba di Lundang Paku lebih kurang 11 Malam.

Sapa kata highway tak jam pada hari raya, highway PLUS ke Utara Jam dari Slim River sampailah ke Ipoh, kereta banyak, hujan dan banyak kemalangan.

Wednesday, December 5, 2007

Adam & Fasya End Of The Year 2007

Adam dah 4 tahun,
Fasya dah 3 tahun,


Masing2 dah pandai cakap....maklum la dah masuk sekolah (tadika),
Hari2 gaduh berebut barang....kadang2 rasa nak tergelak pun ada, nak marah pon ada...
ni gambar terbaru dio orang masa gi tengok Moto GP hari tu....



Masa pergi semua ok la.....masing2 jalan seronok nak tengok moto race katanya adam,
masa balik, semua nak naik dokong, orang dah mengantuk n penat katakan....

tapi ok la....keadaan terkawal masa tengok moto race....fasya siap tidor lagi masa race 500 cc...



Insyaallah tahun depan kita gi tengok F1 pulok, t pun kalau dapat tiket free la,...

Terima kepada Anjang kerana bagi tiket free & En Khai kerana tolong dokong Adam ke kereta.

Wassalam,

Thursday, February 1, 2007

Fakhrul Adam Bin Adyra

Posted by Picasa

Sembang Petang 1 Feb 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Blog ni dibina pada 1 Feb 2007 masa kat pejabat, boring tak tahu nak buat apa.....
1 Feb 1979 merupakan tarikh lahir isteri tersayang kawe Farahiza Bt Osman.

Hari ni kebetulan Kuala Lumpur cuti...Hari Wilayah tapi kawe kerja shift petang so kena kerja la tak kira cuti am ke cuti public...kerja tetap kena kerja.....kuli katakan.....

Kerja kat pusat kawalan dan pemantauan sistem telekomunikasi di sebuah syarikat pembekalan tenaga elektrik di Malaysia. Time banyak kerja sibuk la, tapi time relek (macam hari ni) boring la....sistem semua ok dan syarikat cuti, so kerja pon tak banyak la....bosskan tak kerja hari ni....

Kawe kerja shift ni banyak masa cuti....maklum la kerja 6 hari....cuti 4 hari.

Disebabkan banyak masa terluang inilah, ada la buat kerja part time sikit sebagai wakil/perunding kewangan pada sebuah syarikat takaful terbesar di Malaysia iaitu eTiQa Takaful ahli kumpulan Maybank dan Agent Kad Bank Islam
.

Kerja sebagai wakil/perundingan kewangan Takaful ni banyak cabarannya tapi untuk berjaya dalam sesuatu kerja tu mesti la ada pahit manisnya barulah boleh kita boleh dikatakan BERJAYA.

Target kawe dalam bidang takaful ni adalah mencari punca pendapatan alternatif untuk keluarga disamping menyumbang sesuatu kepada masyarakat melayu dan islam.

Mengikut peratusan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, kadar orang melayu yang mempunyai pelan perlindungan dan simpanan samaada skim Insuran ataupun Takaful kurang dari 10%. Ini jauh berbanding dengan orang Cina dan India.

Takaful - Menyimpan, Menabung dan Berlindung Secara Islam.

Sila lawati portal

http://harmonilogin.blogspot.com/ untuk penerangan mengenai produk takaful dengan lebih lanjut atau hubungi saya di talian 013-3630710

Wassalam..........