Thursday, December 27, 2007

Raya Haji 2007 & Balik Kelantan

Raya Haji 2007 tahun ini aku, isteri & anak-anak menyambutnya di Melaka, rumah Kak U kerana emak mertua aku kurang sihat dan dimasukkan di Hospital Kem Terendak.

Pada 20 hb Dis 2007, selepas selesai sembahyang raya kami sekeluarga bersiap utk bertolak balik ke kelantan bagi menghadiri majlis perkahwinan adik aku, Nori.

Disebabkan musim banjir yang melanda pantai timur, perjalanan balik ke kelantan menggunakan laluan belah utara, KL-Ipoh-Kuala Kangsar-Gerik-Jeli-Machang-Kota Bharu(Lundang Paku).

Bertolak dari Melaka pukul 11 T/Hari dan singgah di Kajang utk ambil pakaian tambahan dan barang2 utk majlis kenduri kahwin Nori. Dari Kajang pkl 1 pm dan tiba di Lundang Paku lebih kurang 11 Malam.

Sapa kata highway tak jam pada hari raya, highway PLUS ke Utara Jam dari Slim River sampailah ke Ipoh, kereta banyak, hujan dan banyak kemalangan.

Wednesday, December 5, 2007

Adam & Fasya End Of The Year 2007

Adam dah 4 tahun,
Fasya dah 3 tahun,


Masing2 dah pandai cakap....maklum la dah masuk sekolah (tadika),
Hari2 gaduh berebut barang....kadang2 rasa nak tergelak pun ada, nak marah pon ada...
ni gambar terbaru dio orang masa gi tengok Moto GP hari tu....



Masa pergi semua ok la.....masing2 jalan seronok nak tengok moto race katanya adam,
masa balik, semua nak naik dokong, orang dah mengantuk n penat katakan....

tapi ok la....keadaan terkawal masa tengok moto race....fasya siap tidor lagi masa race 500 cc...



Insyaallah tahun depan kita gi tengok F1 pulok, t pun kalau dapat tiket free la,...

Terima kepada Anjang kerana bagi tiket free & En Khai kerana tolong dokong Adam ke kereta.

Wassalam,